Pengumuman 

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Gesaan Gugur Pertuduhan Liwat Ada Udang Disebalik Batu

Posted by YB Datuk Rosnah bt. Hj. Abdul Rashid Shirlin on 18 February 2010 | 0 Comments

Gesaan 50 ahli Parlimen Australia supaya kerajaan menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh disifatkan sebagai `ada udang di sebalik batu’.

Pergerakan Puteri UMNO berpendapat banyak lagi kes melibatkan orang kenamaan di Malaysia yang boleh `mencemarkan imej negara’ tetapi tidak pula mendapat perhatian kumpulan ahli Parlimen di negara berkenaan.  Rasa pelik kerana kes Anwar mendapat perhatian kerajaan asing seolah-olah telah ada jalinan hubungan antara kumpulan ahli Parlimen negara berkenaan dengan Anwar.

Puteri UMNO tidak nampak di mana logiknya gesaan supaya pertuduhan kes liwat terhadap Anwar digugurkan dengan alasan mahu menjaga imej negara.   Apatah lagi ini bukan kali pertama kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibicarakan di mahkamah dan Anwar sendiri tidak lagi berada dalam pentadbiran kerajaan.

Pergerakan Puteri UMNO juga berpendapat gesaan itu juga jelas menunjukkan cubaan campur tangan negara luar terhadap sistem mahkamah di Malaysia dengan mengemukakan alasan yang langsung tidak boleh diterima akal.  Pertuduhan liwat ke atas Anwar dibuat mengikut undang-undang dan bukannya semata-mata berteraskan kehendak atau kemahuan pihak berkuasa di negara ini.

Sudan tentu ada agenda tersembunyi di sebalik gesaan negara luar yang mengetahui dengan jelas dasar tidak campur tangan yang sepatutnya menjadi pegangan setiap negara.

Rakyat Malaysia harus bijak menganalisis sebab dan alasan gesaan tersebut dikemukakan sedangkan banyak lagi kes lain yang melibatkan bekas pemimpin negara tidak dihiraukan oleh ahli-ahli Parlimen di negara luar.


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial